Sekarang kalau korang perasan,Kementerian Sumber Manusia,Malaysia sedang giat menjalankan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di seluruh negara kan..kepada sesiapa yang masih menganggur bolehla korang pegi usha usha booth kat sane tu kan..mane tau ade rezeki korang kat sane,senang senang je dapat keje. kan..oh ye,kalau pegi sane,korang akan dapat goodies taw..
dapat macam macam..berbaloi baloi... ;)
[tetibe jadi promoter sambilan..ade bakat x? ]
bile dah pegi sane,sure la banyak information yang korang akan dapat kan..antaranye,ceramah kerjaya,panduan,tips tips temuduga tu..bidang kerjaya yang sesuai dengan korang..macam macam la lagi..sangat berpaedah yew kepade si fresh graduate mcm saye.. T_T
bile dah pegi sane,boleh la asya nak share share sket kan..nanti korang akan dapat buku rahsia sulit macamane nak dapatkan keje dengan senang..sape nak yang fotostat sile bg no tepon kat asya..ok,jangan mimpi..asya tipu!
meh nak cite tips tips hebat serta panduan sulit cemane nak temuduga..sume ade dalam buku hikmat..asya copy paste jela eh.. ;)
[semuanya ehsan dari JOBSMALAYSIA ]
PERSEDIAAN AWAL SEBELUM TEMUDUGA
♥ Selidik profail syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
♥ Ini merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.
♥ Pastikan sijil-sijil asal dan salinan pendua sijil serta resume disediakan. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan jawatan yang dipohon.Cuba dapatkan nama /gelaran panel temuduga..
BERLATIH
Ulangkaji “hardskill“
Ini juga merupakan soalan popular yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.
Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
Membuat persediaan awal untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin ditanya dengan baik dan lancar. Selain daripada itu,calon juga dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan.
ETIKA BERPAKAIAN
Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.
ADAB BERPAKAIAN DAN BERKETRAMPILAN DIRI UNTUK LELAKI
♥ Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak “striking”) dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, cara berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
seeloknye pakai baju yang macam belah kiri ni ye..bukan yang mcm belah kanan..kalau degil nak pakai jugak,pakaila..baru nak daftar,sah sah kene reject..hehe
♥ Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap.
♥ Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
tiru rambut awal ye..jangan ngade ngade nak tiru rambOt dokter..nanti kene saman..tehehe
♥ Tali pinggang yang dipakai mesti sama warna dengan kasut yang dipakai.
♥ Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan “cuff-link”. Pemakaian cincin tidak digalakkan. Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.
formal attire for men from least recommended to most recommended :)
ADAB BERPAKAIAN DAN BERKETRAMPILAN DIRI UNTUK PEREMPUAN
♥ Memakai pakaian yang sepadan (matching)..
[eloknye pakai baju kurung la kan..baru ayu je sentiasa.. ;)]
♥ Tidak memakai pakaian yang berwarna terang atau ‘striking’.
♥ Tidak memakai pakaian yang menjolok mata..
♥ Memakai kasut bertumit.
[yang biase biase jela kan..xyah la sampai 3 inci.. :P]
♥ Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat.
♥ Jangan mewarnakan rambut dengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
jangan macam ni..pengsan kang penemuduga..
♥ Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.
[xpayah la feeling feeling mami jarum kan..tehehe]
♥ Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.
ADAB TEMUDUGA
Di awal temuduga
♥ Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
♥ Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
♥ Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
♥ Bersikap tenang dan tidak gementar
♥ Jangan menguasai sesi temuduga
♥Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak
♥ Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga,
kesihatan diri atau masalah kewangan
♥ Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah
♥ Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
♥ Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga
♥ Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga
Di akhir temuduga
♥ Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
♥ Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda
♥ Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
♥ Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
LARANGAN TEMUDUGA
haaaaaaaaa..punye panjang kan..berbuih biuh la kalau korang nak bace sume..xpe..sekali sekale..hehe..
tu jela yang asya nak share untuk kali ni..kepade sesiape yang nak kene temuduga nanti,selamat berjaya.. ;)
chow!
17 comments:
takot nak interview kan. especially nak kene speak in english. memnag terabur ah. sume da oke. tapi bile suruh speak. hancusss ! :D good job dear
thanks bg tips
blom kje lg ni
my bloggie : hehe..tau xpe..dah prepare kat umah tetibe time intebiu gagap2 ek..ahahahaaa
al : welkem..jomla daftar kat jobscentral tuh.. hihihi
doakan la sy yer....isnin ni ade intebiu kat yayasan warisan johor!! huhuhu takotnyerrrr!!!!!
thanks admin kongsi tips ;)
Saved as a favorite, I really like your site!
My web page: jack lalanne power juicer pro
Why users still use to read news papers when in this technological
world everything is existing on net?
Feel free to surf to my homepage :: シャネル アウトレット
Thanks
Thanks
thanks for this tips..
sy memang nak cari info pasal ni..huhu
esok nak interview huhuk..nervousnya!
Oo..ok sy dah fhm..blh ikut cara ni..;) tq for info ya..
tenz ye akak. Sy nk iv utk biasiwa. Boleh guna jugak kan. 😊😊
Kene pakai baju gelap2 kalau mase interview.. sbb kalau cerah2 ni .. melambang kan emosi sesorng.. kalau gelap.. emosi setiap org atau panel itu sendiri tidak akan gelojoh nk tanye.. warna merah emosi mcm ni.. begitu juga oren kuning hijau yg warne2 yg menjolok mata.. seharusnya warna yg gelap2 if pakai baju kemeja putih kene la pakai blazer serta tai hitam (wahib) kalau x nk blazer pon x ape.. asal kan warna baju x cerah2 mcm nak lawan panel tu.. warne gelap2 ni melanbangkan rendah diri .. warne cerah2 ni mcm "aku yg berkuasa kat sini aku la paling hensem dan terselah kau ade ape?" Mcm tu la umpama nyeZz
air jordan 1
kyrie shoes
supreme clothing
kobe sneakers
off white
curry 8
yeezy
yeezy shoes
nike off white
curry 8 shoes
replica bags koh samui replica bags in pakistan replica bags china
agak ape soalan y di tanye ye
Post a Comment