Instagram

Friday, April 27, 2012

Cute Casing for Galaxy Note.. :D


macam nak pengsan bila Google pastu terjumpe benda benda comel camni.. ^.^
haaaa..sekarang tak tahu nak pilih design yang mane satu.. Y_Y
semuanya cantik cantik..
jadi saya adalah rambang mata di sini ye..sobs..

Meh nak share ngan korang meh! hihihi

1. motif bunga bunga dan pink..terserlah ladiesnye..



2. Note versi Pink..nanges nak yang ni.. :(




3. Bling Bling Pink.. comel jugak.. =.='



4. Rilakkuma Pink :D *imej budak budak sikit*



5. Hello Kitty tomeyy theme.. berdarah hidung tengok design ni..uhuks.


6. Leopard Pink *cam Elegant sket..garang tapi comel*


7. Hello Kitty lagi :) *simple tapi comel*


8. pon Hello Kitty lagik..haruslah sebab comel terlampau.


9. Candy pulak..alalalalaa.. :')


10. Pink Putih yang comel..kiut kiut je..hihi


haaaa...kalau korang,korang pilih yang mane? hihi
ce share..pada yang suke pink la..yang benci pink sila jangan jawab.. :P

see you soon..daaaaaaaa!

:)







Sunday, April 22, 2012

Resepi Fussili Chicken Tom Yam..super sedap! :)

skang mood memasak adelah sangat highest ye..mencapai tahap maksima..jadi,setiap weekends,otak adelah berlegar legar mencari resipi baru..tadi baru siap buat Fussili Chicken Tom Yam inspired by Black Canyon Restaurant.. Alhamdulilahhh! Yahoooooo! menjadi ! yeayyyyyyyy! rase nak menari poco poco versi dangdut okeh! sangat teruja kata kau! haha



ni yang Original dari Black Canyon :D

sesape yang nak try,bolehla cuba resepi ni :)

Fussili Chicken Tom Yam

resepi utk 3/4 org

1. fusilli yg di lembutkan
2. 3/4 ayam yg di potong sederhana kecil - direbus sekejap. jgn terlalu lama
3. 2 btg serai (diketuk)
4. 3 inci lengkuas (dihiris)
5. seinci halia (dihiris halus)
6. sebiji bwg besar (dihiris)
7. 3 biji bwg putih (dihiris)
8. 2 keping asam keping
9. 3 ketul kiub tomyam (hahah)
10. cili padi (ikut tahap kepedasan korang)
11. daun limau
12. garam gula secukup rasa
13. sepeket cendawan tiram (dicarik2)
14. 1/2 kotak santan ( pakai santan kotak je)

cara-cara:
campo je semua sekali kecuali ayam & cendawan...

bila dah menggelegak, baru masukkan ayam & cendawan & santan

masukkan garam/gula secukup rasa

itu je...senang jeee...pejam mata pun boleh buat...ahaks...

sumber eden mencekau resepi : HERE!


selamat mencuba! :)


Monday, April 16, 2012

Produk Kecantikan yang disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:


•Kintop



•Body Beaus



•BMI-9 Xylimming Capsule



•Senna Plus Capsule



Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:



•Lami



Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:



•Obexlim



•Slimax Coffee



•Beaute Fit Body Contour



•Body Trimz



Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:



•357 Nasal Spray



Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:



•Makjun Taufiq Dua Istimewa



•Majun Dua Istimewa



•Ginseng Jin Fui Wan



•Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga



•Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)



•Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule



•Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill



•Makjun Syafiq 3 Istimewa



•Reepo



Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 



•Air Ikan Haruan



Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:



•Eriesya Spa Beauty Cream



•Atika Beauty Renewal Cream



•Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya



•Ratna Sari Whitening Night Cream



•Tia Amelia Krim Jeragat



•Chantique Whitening Night Cream



•RZAC White Pearl Cream



•Nuriz Day and Night Cream



•Elite Rias Er Cream



•R&Z Whitening Night Cream



•Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream



•Pigmentation Recovery Complex



•Zara Rejuvenation Cream



•Natasya Krim Herba Gold



•De Putih Night Cream



Produk tradisional berdaftar ada antihistamine



•Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill



Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine



•Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan



•Qian Tong Dan



•Raja Ubat Resdung



•Coral Plus UA 350MG

Tuesday, April 10, 2012



best je bila tengok orang lain pergi keje suami hantar sampai depan tangga ofis..

tak best je bile dengar orang laki cakap camni :

sayang,nanti pergi keje drive sendiri ye..tempat keje abang jauhla sayang..

ATAU

sayang,abang outstation lah..pergi sendiri ye..


T____________________T

mood : merasai perasaan orang lain / empati 
tsskkkk

lagi sekali.
Y_Y

Thursday, April 5, 2012

Bebelan Si Asya :)



saya perlukan masa sehari 30 jam..boleh? sebab semakin hari saya rasa macam arghhhh! cepatnye petang..rasenye baru tadi letak handbag and switch on the PC..pastu beria beria buat keje..sampaikan ofismate tegur cakap camni..ce tengok jam dah pukul berape? huwahhhh !!! terus bising bising ajak pegi makan.. >.<

Rasanya lah kann,bekerja boleh buat saya jadi cepat tua.. T__T sebab? bercampur dengan orang orang tua..OPSSS! :p bukan bukan..bukan begitu maksud saya ye..maksud saya ialah..bile kite terlalu asyik dengan kehidupan kerja..muka kita akan selalu ketat sebab asyik memfokus sesuatu..huahuahuahua.. [padahal memang muka tua..haha]

terbukti kini bila saya keluar jumpe kazen kazen dan family..mereka mereka itew cakap saya dah berubah jadi seorang yang serius...oh my kucing..mengapa begitu..di mana hilangnya kehidupan kanak kanak ribena saya yang dulu? uhuks T___________________T *nanges lama lama*

mungkin saya perlukan kawan kawan yang sekepala macam dulu..yang boleh buat saya ketawa terbahak bahak sampai gemuk macam sekarang..eh kejap,betul ke kalau kite kuat gelak,nanti kite makin gemuk? sebab angin masuk dalam badan..betul ke? betul ke? sila la cakap tak betul..huks.

rutin hidup sekarang ialah :

bangun pagi - kerja - balik rumah sewa yang macam hotel tu,suke hati nak balik,balik,tak nak balik sudah - malamnye rest - esok pagi keje lagi..

tengok? life sekarang adelah sangat BOSANNNNNNN! 

kadang kadang tido awal gila sebab penat dah gunakan tenaga otak kat ofis..jadi,pukul 8.30 dah boleh mimpi mimpi ke New York..pukul 10 ke Italy dan pukul 1 pagi ke korea.. =.= sekarang memang dah tak wujud ayat "malam masih muda" ok..

ok,sekarang dah nak kene tido semula sebab esok kene bangun awal tahan teksi pegi keje..kene balik umah sewa dan packing barang untuk ke Pulau Tioman pulak minggu ni..tssskk...burn lagi cuti..jadi,marilah membina semangat baru untuk ke Tioman..mood minggu ni : cuti dalam hiba T_______T

Sekian.




Wednesday, April 4, 2012

Petua Masuk Rumah Baru

Petua Masuk Rumah Baru




Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...