Followers

Tuesday, May 12, 2015

KEBAIKAN FOREVER ALOE VERA GEL


FOREVER ALOE VERA GEL 



Pernahkah anda terfikir? Anda sudah banyak berhabisan duit untuk suplemen....vitamin itu dan ini....produk itu dan ini....jaga makan...macam-macam telah anda lakukan...TAPI...anda masih mudah berasa LETIH, kaki mudah LENGUH jika berdiri terlalu lama atau berjalan jauh, badan masih MONTEL walaupon sudah banyak mencuba produk untuk menguruskan badan, masalah KULIT dan RAMBUT berterusan....TUA sebelum waktunya....badan BERBAU dan sebagainya...seolah-olah anda tidak pernah kisah dengan kesihatan anda selama ini...


Kesihatan, Kecantikan & Kekayaan Bersama FOREVER LIVING
Sentuhan Aloe Vera

Sebagai salah satu TUMBUHAN BOTANIKAL yang telah dikenali turun temurun khusus manfaatnya kepada kulit, Aloe Vera telah lama menerima pujian ke atas ciri-cirinya yang MELEGAKAN, MENENANGKAN dan MELEMBAPKAN. Apabila digunakan ke atas kulit, ia boleh melegakan kelecuran kecil, menyelesakan dan melembapkan kulit kering malah dapat membantu meningkatkan keupayaan penjanaan semula sel-sel kulit.



Kenapa Aloe Vera Gel Forever Living No 1 di dunia?

✔ Ia dihasilkan daripada spesies aloe vera terbaik di dunia, iaitu Barbadensis Miller.


✔ Ia telah distabilkan dan kesegarannya dikekalkan pada tahap 99.875%. Aloe Vera yang tidak distabilkan akan kehilangan khasiat dalam masa 48 jam. Setakat ini hanya Aloe Vera Gel Forever Living sahaja yang berjaya distabilkan dan ia telah dipatenkan bagi tujuan hakcipta terpelihara.



✔ Kulit aloe vera mengandungi emodin yang beracun dan menyebabkan alergi, cirit birit dan sebagainya. Kajian menunjukkan aloe vera hanya selamat dimakan jika kandungan emodinnya kurang daripada 10ppm. Tetapi, teknologi di Forever Living mampu mengawal kandungan emodin dalam aloe vera sehingga 0,3ppm.





Kebaikan Aloe Vera Gel Forever Living


♥ Pembaikpulihan Elastin & Kolagen
Ia dapat menokok bekalan bahan-bahan binaan untuk menghasil dan mengekalkan kulit yang sihat.

♥ Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat & Meningkatkan Tahap Tenaga
Secara semulajadi dapat menggalakkan pembersihan sistem penghadaman kita. Dengan demikian, meningkatkan tahap tenaga serta membantu mengekalkan BERAT BADAN yang IDEAL.

♥ Membina Badan
Ia mengandungi 20 JENIS asid amino, termasuk 7 asid amino PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan.

♥ Sifat Pemulihan
Ia mengandungi 12 unsur semulajadi yang dapat membantu memulihkan luka akibat calar-calar, luka-luka kecil, luka terbakar dan lain-lain.

♥ Kesihatan dan Kebersihan Gigi
Menggalakkan gusi dan mulut yang sihat. Satu kajian pada 2008 yang diterbitkan dalam Journal Applied Oral Science mendapati bahawa aloe vera adalah LEBIH BERKESAN daripada 2 jenama ubat gigi yang utama. Menggabungkan penggunaan Forever Bright Toothgel dengan pengambilan Gel Aloe Vera berpotensi menyokong kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi anda.

♥ Mempercepatkan Penyembuhan dan Pembaikpulihan
Gel Aloe Vera meningkatkan fungsi fibroblas iaitu sel yang membantu pembentukan KOLAGEN dan ia juga menolong melegakan kelecuran, luka-luka dan calar-calar kecil serta kegatalan kulit.

♥ Menyokong & Menggalakkan Fungsi Sistem Ketahanan Badan
Kandungan unsur-unsur perangsang dapat membantu menggalakkan fungsi sistem pertahanan badan kita.

♥ Sistem Penghadaman Yang Semulajadi
Secara semulajadinya, Gel Aloe Vera mempunyai keupayaan membersih, dengan demikian membantu pergerakan usus dan meningkatkan penyerapan protein serta nutrien lain.

♥ Membekalkan Mineral Surih
Ia mengandungi 20 mineral semulajadi termasuk kromium, magnesium, mangan, kuprum dan zink.

♥ Membekalkan vitamin Semulajadi
Ia mengandungi vitamin yang diperlukan dalam diet harian kita termasuk vitamin B12, asid folik, niasin, B6, B2, B1, C, E dan A.


Jika anda berminat utk dapatkan Forever Aloe Vera ini..boleh terus :


Whatsapp / Telegram : 013 3003481

Email : asyazain@gmail.com

Instagram : @Asyazainsshop




#Special untuk customer saya, saya akan guidekan anda mengikut keperluan anda. Jadi jangan risau kalau anda sakit atau pun sihat, Insyallah Aloe Vera Gel Forever mampu mengurangkan @ merawat masalah anda sebab ketulenan dan keberkesanannya tanpa ragu..Saya hanya akan guide customer yang beli dgn saya sahaja ye..tq! :D



Saturday, October 25, 2014

Review Pahang : Bukit Gambang Safari Park - Day & Night Safari


Assalamualaikum semua.. hai hai..

Sempena cuti ni sempat lah kan nak update sikit tentang BGSP ni..sebenarnye dah lama dah pegi tapi baru rajin nak update memandangkan cuti lama ni..hihihi

Bukit Gambang Safari Park ni terletak di kawasan Gambang..tempatnya hujung ke laluan nak ke Sri Jaya..Maran tapi melalui jalan lama..dekat je kalau datang dari Plaza Tol Gambang tu..dalam 5 minit je nak sampai sana..senang je nak pegi..akan ada signboard..dan kawasan tu tepi jalan je..tak perlu masuk ke jalan kampung atau masuk hutan belantara..hehehe

kalau nak senang cari,nampak je pintu besar ni..itulah dia..hehehe


kalau sesiapa yang pernah pergi ke Bukit Gambang Water Park..Safari ni sebelah dia sajaaa..senang je nak jumpa..hehe

okeh..untuk tiket masuk meh tengok sini..


ok ni rate harga untuk hari biasa..selalunya kalau time cuti sekolah dia akan bg diskaun dlm 10 % kalau tak silap..

Dewasa jadi RM 28..kanak-kanak jadi RM 18..

masa Asya dengan suami pergi haritu dapat diskaun lah..cuti sekolah panjang time tu..hehehe..so 2 orang akan jadi RM 56.00 dapatlah sorang satu gelang kat tangan..kuikuikui

yang bawah ni pulak jadual untuk waktu bg makan haiwan..persembahan..
bolehla refer ni utk set masa korang..kalau x nanti terlepas,rugi dah bayar mahal2 xdapek nak nengok yg best2..huhu

oh ye..lupa nak bgtahu..kalau kita bayar tiket RM 38 seorang tu kan..dia termasuk sekali Day & Night Safari..maksudnya untuk masuk ke Night Safari dah sekali dah tu..so korang kena stay kat sana sampai malam la..nanti rugi pulak kan..

macam kami haritu pegi sana dalam pukul 11.00 pagi..jalan2 dalam Safari yg bertingkat tingkat tu sampai pukul 3.30 petang..keluar pegi makan..balik rumah rest dulu..mandi mandi..then keluar semula utk ke Night Safari..start pukul 8 malam..night safari tu ajak adik pulak..tambah lagi tiket RM 18.00 shj.. :D

itu nasib baiklah rumah kami dekat la jugak..kalau datang dari jauh kena la sewa Homestay ataupun kat sana dah ada siap2 apartmen untuk disewa.. Bukit Gambang punya resort la tu.. ada dua tempat.. Carribean dan Arabian..

okeh panjang pulak mukadimah iols harini..hihihi..makanya,marilah kita maju ke hadapan menghaplod segala kenangan di BGSP ni..hehehe

Pergi berdua aje sebab mama abah asya pergi KL hantar adik balik UM..MIL pulak pergi Muar balik kampung..suami dapat cuti sehari shj :(
bangun pagi suami tanya..harini nak pegi mana..kite dah lama tak pegi melancong..yelah..jomlah melancong ke tempat sendiri yang oi..haha

Bersiap..makan tengahari terus sebelum masuk..sbb dah tahu dalam tu mane ade kedai makan..dan tak boleh bawak makanan luar..budak2 kat pintu tu mmg akan raba raba beg kite..pastu suruh bukak beg kite..macamlah iols kebulur sgt nak makan cekedis dalam tu..hahaha


ok ini pintu masuk..ada singa jual muka kat depan tu..haha



Permulaan masuk sini akan jumpa Simba Hill Plaza..kat sini kita akan dibawa naik Trem Safari tu..kena bayar lagi RM 1.00 kot seorang..lupa..hihi



okey,macam dalam pic kat bawah ni..tulah Trem yang akan bawak kita untuk ke Savannah Area..kat Savannah tu mmg kene naik Trem..tak payah mengade -ngade acah-acah kedekut taknak naik trem sbb kene bayar lah..sebab dalam tu haiwan semua berkeliaran je..kang jadi gulai kenduri nanti..hihihi



tu pic dari atas bukit ke tempat Savannah..masa ni panas gilaaaaa..huhu


ok ni dalam Trem ke Savannah..satu yg tak best kena ambik gambar dari dalam Trem aje..tak boleh bukak tingkap..dalam trem akan ada sorang Tourist Guide yang akan cerita kat kita ni binatang apa..ni binatang apa..

tapi kan..masa kami pergi haritu..orang yang bercakap utk kami dalam Tren tu mukanya kelat aje..taknak pun senyum taw..mahal sungguh senyuman dia..kelat memanjangggggg :(








banyak jugaklah binatang kat Savannah tu..
tapi macam banyak lagi yang belum siap..frust sikit la..

lepas pegi Savannah tu kite diberi peluang untuk terokai sendiri apa yang ada di Safari tu..serius sangat asya cakap..kalau stamina tu slow motion macam nak demam je gayanya tak payahlah pegi...sebab tempat die alahai..bertingkek tingkek..nak patah kaki berjalan..hahaha..rasa macam pegi shopping complex tapi tak boleh shopping..boleh tgk binatang aje.. kuikuikui


nih ha bangunan dia..tak pasti samada bangunan ni memang dibina tanpa cat atau mmg saje je buat cemgini..tapi macam bangunan tak siap je..bayar mahal tapi ni je rupe dia?  :(


ok gambar bawah ni semua gambar yang ada di sekitar bangunan bertingkek2 ni ye..

































okeh..dah last sebelum keluar pintu balik tu akan jumpa tempat Simbaaaa...comel la..tapi die ngantok jeeee..haha




sambung terus jela yg malam ye..malas dah nak buat entry lain nanti..hihi

untuk Night Safari kami dah penat bergambar..bawak adik jela g tgk persembahan kejap..2 jam jela sampai pukul 10 malam..tapi sunyi tgk binatang malam2..takuittt..haha









 tu jelah..sekian terima kasih..hehehehe

Assalamualaikummmm :D


Daisypath - Anniversary