Instagram

Friday, November 26, 2010

“Stop Child Abuse!”


Sejak kebelakangan ni,anda anda semua perasan tak? ade je setiap hari berita dekat surat khabar,televisyen dan blog tentang kes penderaan kanak kanak..makin hari makin teruk..makin hari makin dahsyat kes kes ni..

''Penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukkan angka membimbangkan apabila statistik mendedahkan kira-kira tujuh kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa dera setiap hari di negara ini.Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) juga turut menunjukkan statistik penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008.



Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian.Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan.




Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.''


sumber petikan : Harian Metro 






Sehubungan dengan itu, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghentikan penderaan terhadap kanak kanak dengan melancarkan kempen 
‘Get On Board-Raise Your Hand. Stop Child Abuse Now! ’. Mereka menyeru kepada semua masyarakat bersama-sama membantu mereka dalam menangani masalah ini. 






korang semua suke ke tengok kanak-kanak diikat dengan tali,dicucuh dengan puntung rokok,disepak,diterajang sesuka hati korang..korang sampai hati ke dengar budak budak tu menangis? korang boleh ke tengok budak budak tu terluka..sentiasa berada dalam ketakutan? kalau korang tak mau tu semua terjadi,jom ramai ramai sertai kempen ni..jom ramai ramai menyokong kempen hentikan penderaan terhadap kanak-kanak ni! 


klik je dekat pic bawah ni utk join kempen "Stop Child Abuse!" sekarang..





unicef

INFO EXTRA : 
 Jom Sertai Kami merupakan "kempen rakyat" anjuran UNICEF untuk mendedahkan rakyat Malaysia kepada pengetahuan, pemahaman dan sumber untuk menghentikan penderaan kanak-kanak. Kempen yang digerakkan secara digital ini julung-julung kali diadakan oleh UNICEF di rantau ini, bertujuan untuk menggabungkan 100,000 penyokong untuk turut serta dalam usaha menangani penderaan kanak-kanak. Kami berharap rakyat Malaysia akan menerima kempen ini sebagai kempen mereka sendiri serta menyokong dan menggalakkannya dengan cara mereka sendiri supaya setiap kanak-kanak di Malaysia dapat menjalani zaman kanak-kanak yang selamat serta bebas daripada bahaya.

klik sini untuk mendaftar untuk Kempen Jom Sertai Kami anjuran UNICEF! ;)



oh ye..untuk sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes penderaan,sila la ringankan tangan anda untuk menelefon ke talian 15999 untuk aduan..;)

asyazain dah join the board,korang bile lagi? xreti reti ke? 
cepat klik sini !






JANGAN JADIKAN KANAK-KANAK SEBAGAI TEMPAT MELEPASKAN GERAM ANDA! MEREKA JUGA ADA PERASAAN! JANGAN SAMPAI DAH NAMPAK MAYAT DEPAN MATA BARU NAK MENYESAL! 


p/s : merah tandanya marah taw! 


9 comments:

Makbed said...

ala..kesiannye..

Rara Nasiha said...

tak patut betul. kanak2 yang patut jadi pemimpin generasi akan datang, didera.

Asya Zain said...

rara : tau xpe..kesian sgt2 kat dorang..hurmm

makbed : yup.sangat2 kesian.. :(

puteraduyong said...

perangai lebih teruk dari binatang!

eiela said...

yup, stop child abuse,,budak2 untuk disygi bukan didera bagai. nak mengajar ade caranya.

Latest Entri : Hati-hati Dengan Penipuan SMS

KJ-kun said...

zaman sekarang...tahu buat anak tapi tak tahu jaga anak

Surie said...

sian budak2 tu.tade hati ke diorg kn

Asya Zain said...

princeduyong : rasenye binatang pon pandai sikit la!

iela : btol2..pukul bukan jalan terbaik! ;)

KJ kun : hahha..tau xpe..pukul anak lg pandai!

fatin : mmg dh tade la tuh..huh!

Unknown said...

replica bags online continue reading this x3c92m6l70 replica bags in gaffar market replica bags in pakistan why not try this out f3j26c4g57 replica bags karachi click now m5j98k0z46 replica bags buy online replica bags supplier

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...