Instagram

Monday, July 12, 2010

kalkulator fidyah..:)

salam semua.. :)

sedar xsedar,da bulan 7 kan..
xlame lagi kite semua akan berpuasa semula kan..
insyaallah..1 ramadhan pd tahun ni jatuh pada 11 ogos 2010 iaitu pd hari rabu..
bulan 9 da raye kan..yeay! :)

tadi mase asya jalan2 kat website E-ZAKAT,terjumpe la ruangan fidyah..
ape fidyah tu ye? wajib ke kena bayar?
 da nak dekat bulan puase ni tetibe teringat lak kat fidyah ek..hoho :P

ok..meh nak share sket tentang fidyah ni..





Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. 

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.












ok..ada paham?..em,zaman skrg,pembayaran fidyah da dibayar secara wang tunai ye..xde lg cupak2 beras tuh..tu sume akan diuruskan oleh pusat zakat.. semua pembayaran fidyah akan diagihkan kepada fakir miskin dalam bentuk beras kepada mereka. pembayaran perlu dilakukan sebelum tibanya 1 Syawal untuk memudahkan proses2 pengagihan..

kalau nak bayar fidyah tu,mesti la kene tau kan brape yang korang kene bayar..kalau nak tau brape jumlahnya,korang lehla tekan je link kat bwh pic ni..nt kat sane,korang leh la bace cara penggunaan kalkulator fidyah ni ye..senang je...xsusah pon..:)


ok..tu je nak share ngn korang hari ni..
jumpa lagi..salam..:)

nota kaki : baik kan asya hari ni..ahahhaaa..ala,hari lain pon baik gak..lalallaa~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...