Instagram

Wednesday, September 30, 2009

kematian..

wah tajuk..insap jap..huhu
td google2,jumpe jap atikel ni...
jum kite kongsi2 jum..

Peringkat menghadapi kematian

Penafian

Individu tersebut tidak mahu menerima kenyataan bahawa dirinya akan meninggal dunia. Individu akan berpura-pura sihat, seolah-olah tidak menghadapi sebarang penyakit. Kebiasaannya, idea ini dikemukakan oleh doktor yang merawat dirinya,individu tersebut akan cuba menafikan kesahan maklumat yang diberikan oleh doktor dan berusaha mencari ubat yang sesuai.

Marah

Apabila individu gagal untuk menafikan dirinya ada penyakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh maka individu tersebut akan mengalami gangguan emosi. Hal yang demikian, menyebabkan dirinya sentiasa marah dan menyalahkan orang lain. Pihak yang sering menjadi sasaran pertengkaran adalah jururawat atau kaum keluarga.

Tawar menawar

Selepas penafian dan marah, individu cuba untuk tawar menawar setelah menyedari perbuatan tersebut tidak mempunyai faedah. Oleh yang demikian dia cuba untuk membuat tawar menawar dengan Tuhan seperti bernazar, dan sanggup lakukan apa sahaja untuk sembuhkan penyakitnya.

Kemurungan

Apabila gagal menawar, individu akan berputus asa dan sentiasa dalam keadaan murung(tidak bermaya) dan sedih kerana akan meninggalkan orang yang dikasihi. Dan mungkin malu dengan penyakit yang dihadapinya seperti penyakit AIDS.

Penerimaan

Kemurungan akan digantikan dengan penerimaan. Pesakit akan menyerahkan diri kepada takdir atau Tuhan. Individu tersebut berasa tiada gunanya untuk bersedih atau murung kerana kematian adalah satu hakikat yang akan dialami oleh setiap insan. Tambahan pula penyakit menjadi lebih serius,tindakan ini bukanlah penerimaan yang menggembirakan tetapi satu keadaan kepenatan emosi dimana individu cuba membebaskan dirinya daripada emosi yang negatif.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...