Instagram

Wednesday, September 2, 2009

H1N1..xtakot ke?



hurmmm...
btol la..
org mesia sume brani2..

hebat sumenye..kekkekee

sbb ape?
sbb tamau pakai mask...
xtakot langsong..

syabas inspektor sahab..syabas..
[sambil tepok2 tgn mcm babun..eh silap..baby..]

xpecaye?
meh tgk sat..
tadaaaaaaa!!!!!!!


btol x?
lagi2 tyme nk raye ni..
x hengat dunia kan3???
heeee....

jom skodeng jap kt kementerian kesihatan..
penting ke pakai memakai benda alah tu?
adessss...



  1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
  • Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
  • Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
  1. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
  6. Dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
  1. Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
  • Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
  • Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
  • Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan)

4. Apakah kegunaan surgical mask?
  • Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
  • Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
  • Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
5. Bagaimanakah cara mengunakan mask dengan betul?
  • Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  • Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
    • - Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  • Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  • Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  • Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

Rumusan penggunan mask
Kawasan Mereka yang tidak berisiko tinggi Mereka yang berisiko tinggi (rujuk soalan no. 2)
Komuniti
Tiada H1N1 di dalam masyarakat
Mask tidak disyorkan
H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang tidak sesak
Mask tidak disyorkan
H1N1 di dalam masyarakat : kawasan yang sesak Mask tidak disyorkan Hindari kawasan sesak.
Jika berada di kawasan sesak, pakailah mask
Rumah
Penjaga pesakit yang disyaki menghidap influenza Mask tidak disyorkan Mask disyorkan
Ahli lain di dalam rumah Mask tidak disyorkan Mask disyorkan
Pekerjaan (bukan penjagaan kesihatan)
H1N1 di dalam masyarakat Mask tidak disyorkan, tetapi boleh dipertimbangkan bagi beberapa keadaan. Mask disyorkan
Pekerjaan (penjagaan kesihatan)
Menjaga mereka yang disyaki atau telah menghidap H1N1 atau influenza
Mask disyorkan kecuali untuk prosedur berisiko, penggunaan N95 adalah disarankan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...