hai kawan kawan!
*skema*
arini mau update tentang makanan comel je..
korang mesti cepat tertarik juga pada bahan yang berwarna warni bukan?
mari kita berperasaan seperti kanak kanak riang..riang ye..bukan terencat..
sile bertepuk tampar dengan kawan sebelah menyebelah sambil melihat gambar..
ini namanya MACARON MALAYSIA :)
comel bukan? sile angguk
wahhhhh! macam macam perise..OMG!
ni lagi ! cokelat flavour :)
seeeee..ini yang membuatkan nafsu makan ni membuak buak ni! ahahaahaa
oh ye..ini MACARON ye..bukan MACARONI tahuk?
RESEPI MACARON MALAYSIA :)
Bahan bahan :
35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g serbuk badam
65g gula icing
15g gula caster
Secubit cream of tar tar
Pewarna (optional)
1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.
2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan.
Biarkan selama 1 minit.
3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).
5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.
6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm,boleh dapat 7-8 biji macaron.
9. Biarkan kering 40-45 mint.
10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven).
11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.
haaaa...dah siap..comel x? :)
asya cume share resepi je..bagi korang korang yg suke sangat nak try la kan,leh la cube cube resepi ni..pastu share share la lagi.. xsalah kan kongsi kongsi ilmu ? :)
kalau ada sesiapa mahu tempah kek comel comel,cupcakes yang gempak gempak,macaron yg cun cun lehla tempah kat sini..sure puas hati :)
kOrang penah tak buat health personality ?
kalau belom,mehla cube kat sini..
untung kan dapat tahu tahap kesihatan korang? jomla try..gud luck :)