Instagram

Sunday, November 27, 2016

Rezeki anak takkan sama setiap orang..

Alhamdulillah..Allah swt bagi juga peluang mengandung setelah menunggu 2 tahun masa untuk berehat dan honeymoon heheheehe..

Cakap pasal honeymoon tu..mmg Allah swt tu sebaik baik perancang..memang masa yg Allah swt bagi 2 tahun tu mmg kami manfaatkan dengan berjalan je..enjoy la puas2 masa tu..rasa nak g tgk movie sampai pagi..pegi laaa..rase nk g karoke,pegi laaa..suke hati ko la..rase nk g main roller coaster..haa pack baju g jela..semua dah halal kan...ikut lahh nk buat ape..hehehe..buatlah sampai puas..sbb skrg dah ade baby mmg main baby jela keje kami berdua 😂 tehehehe

Dalam masa 2 tahun tu..memang ramai yg tanya itu ini..biasela mulut mulut longkang ada di mana mana..lagi lagi bila kita bekerja dengan orang ramai..bila jumpa je..mesti tanya..tak de isi lagi ke? Hehe..ada yang jenis cakap lepas..ada yang jenis baik..mendoakan kita cepat cepat mengandung..moga Allah swt sentiasa merahmati orang orang itu..Amin..

Ada yang sedekahkan buah zuriat dari Mekah..ada juga yg doakan masa pergi umrah..selain tu memang amalkan supplement jugak..Alhamdulillah berkat doa dari semua..ikhtiar..November 2015 dah start mengandung..

Perjalanan semasa proses sebulan hingga 9 bulan tu Alhamdulillah Allah permudahkan..biaselah bertapa kat KK tu kan..menunggu..check up bulanan..heheheehe..kadang2 penat jugak menunggu tu..tapi sabo jela..hehehe..

So kepada pasangan yg belum dikurniakan anak..jangan risau..jangan sedih sedih..pedulikan ape org kata..manfaatkan masa yg ada dengan pasangan kita tu elok elok..isi la dengan perkara berfaedah..masa tu akan tiba..lambat atau cepat je..jgn putus asa..jangan cepat mengalah..ikhtiar tu jangan lupa..jangan nak guna konsep redha je..tapi takmau usaha..no no no..hehe

Nanti next entry kite cite tentang mengidam ye..haha..tungguuu.

Best pulak baca tazkirah ni..meh share sekali hehehe

Jika tiada rezeki anak,mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. 

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki kereta mewah,mungkin diberikan rezeki kenderaan 
yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki jodoh,mungkin diberikan rezeki umur 
ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖





notakaki : anak tido baru mak boleh update belog..plus dah start cuti sekolah,ade la sikit masa nak curi curi hapdate belog hehehehee okay tata.

Monday, May 2, 2016

Snorkeling di Pulau Ular, Kuantan

Assalamualaikum wbt :)
Hai semua..

Okay kali ni Asya nak share sikit pengalaman pergi ke Pulau Ular..jarang orang pergi ke pulau ni sebab pulau ni bukanlah tempat peranginan komersial seperti Pulau Tioman, Pulau Pangkor ataupun pulau pulau lain di Malaysia ni..hehe

Untuk orang luar dari Kuantan, pulau ni menghala ke Cherating..bukan duduk tengah bandar tu..bukan dekat dekat dengan Teluk Cempedak ye..hehe..kalau perjalanan korang menghala ke Kemaman atau Cherating, akan ada satu tempat tu namanya Sungai Ular..tengok hala ke pantai..akan nampak sebuah pulau..situ lah Pulau Ular tu..hehe..

Kalau sesiapa yang teringin nak menginap di Sungai Ular pun boleh..boleh tidur di Sanctuary Resort...berdepan je dengan Pulau Ular tu..hihi



Asya pernah tidur kat Sanctuary ni..ok la..sebab dia jenis Apartment..ada 2 bilik tak silap..ada dapur..
ada ruang tamu..macam dalam gambar bawah ni..



so kalau pergi ramai ramai satu family pun okayy..hehehe

sekarang bukan nak cerita pasal resort tu..nak cerita pasal pergi Pulau Ular tu ye..mcm tersasar pulak kihkihkih...

okay,camni ceritanya..sedang scroll scroll newsfeed kat Fb tu..tiba tiba keluarlah ada seorang hamba Allah ni post pasal die g picnic kat Pulau Ular tu..gambar die post tu waaaa..cantik jugak yek..ingatkan pulau tu tak boleh pegi..hihi

so Asya cepat2 bagitau suami..memandangkan suami cuti dan takde plan nak g mana mana,terus PM orang tu dan tanya camane nak pergi pulau tu..kebetulannya orang yg bawak bot tu abang dia..so kami pun contact la abg dia..malangnya, dia cakap bot penuh..dah ada org booking..huhu..okay hampa tak boleh pergi.

suami tanyakan owner boat yg lain..then org tu bagi no.fon kawan dia..suami call dan set utk booked satu boat..okay sangat eksaited la sebab boleh pergi..tapi boat tu boleh sewa 3 jam sahaja per trip..makanya, kami punya trip dalam pukul 12 tengahari..panas lit lit oiii..haha..call adik ipar ajak join,bersiap,sempat la jugak buatkan sandwich telur utk bekalan...hihi..

Kos naik bot tu :

Pakej Snorkeling RM 45
Pakej Biasa RM 35

so kami pergi berlima, Asya amik pakej biasa sebab taknak snorkeling..haha..yg lain full pakej..total RM 170 satu bot selama 3 jam.


Owner boat tu tunggu dekat jeti sebelah dengan Santuary Resort tu..situ tempat bot bot parking..Asya ni first time nak naik bot orang tangkap ikan tu..agak risau sebab masa sampai tu dah start bau bau ikan..haha..so dalam hati berdoa lah selawat la macam2 lah..malu la oii kalau muntah...dah la sorang je pompuan..haha..suami cakap jangan takut..relax..hemm..dia takpelah..dia dah biasa..kuatkanlah semangatmu Asya haha


Pemandangan Sanctuary Resort dari dalam bot..


bila bot mula bergerak..hehe..okay la..not bad..tak la seperti yang difikirkan..sebab masa sebelum naik fikir mesti melambung lambung..sebab bot kecik..mesti pening pening sebab first time..tapi Alhamdulillah tak rasa pape pun..duduk rilek je kena angin santai santai..eh best pulak yek..haha


tu orang baru balik tangkap ikan hehehe


pemandangan jela ye..Asya selebet sebab muka macam cuak sikit haha


ni dah start keluar dari jeti..menuju ke pulau..tak jauh pun nak sampai..ada la 5-8 minit je naik bot tu.hehe..tak sempat nak muntah dah sampai..haha

korang tengok lah gambar yang tak seberapa ni ye..hehe
















ni antara pemandangan di Pulau Ular tu..masa kami pergi tu..kami berenam jela yang ada kat situ..rasa mcm pulau sendiri pulak..haha..mandi la ko..terguling dalam air pun takde sape kisah..hihi..

masa mula mula sampai pulau, owner bot tu akan bagi life jacket..dia suruh main2 air dulu kat tepi ni..mandi manda dulu kat sini..bagi makan ikan dulu..dia dah sediakan sebungkus roti untuk kita,kita bagi la ikan tu makan sampai kenyang..hihi


tu ikan ikan yg duduk tepi tepi gigi air je..yang ikan kat tengah2 sikit bahagian dalam tu besar gemok gedempol..sekali datang satu kumpulan..memang la tak cukup roti tu..kihkihkih..bila mandi je..ikan ikan tu lalu la..konon konon kite nak bagi roti lagi..habis dah nak oii..haha




dah siap mandi..orang tu panggil naik bot semula..untuk ke tengah laut aktiviti snorkeling pulak..


sebelum naik bot,posing dulu..posing kangkang namanya..haha

okay kite ke tengah laut sikit..bagi la depa main snorkeling..hehe..Asya jadi penunggu bot jela..kahkahkah..sambil sambil layan kene angin laut..amik gambar suami dan adik2 ipar mandi..






abang bot tangkapkan ikan nemo nak bagi adik tengok..pastu lepaskan balik..hehehe

okay lepas siap aktiviti snorkeling, abang bot tu bawak lagi ke tengah laut untuk memancing pulak..kasi suami try memancing kat laut..dapatla 5/6 ekor ikan..jadilah tu..lepas gian dia..haha..



penat dah masing masing, jomlah pulang..on the way balik ke jeti, mata mengantuk..dengan badan basahnya..dengan laparnya..dengan kena angin kuatnye..rasa nak terlentok je atas bot..kuikuikui..

sampai je kat jeti,terus terkam kat gerai gerai yang ada kat situ..makan abc,makan keropok lekor dan ada jugak jual nasik lemak,mihun sup...hehe..makan kenyang kenyang lepastu g surau,tunaikan apa yang patut dan balik rumah..

penat memang penat.tapi rasa puas sebab mission accomplished! haha

next planning!




Saturday, April 30, 2016

Resepi Sosej Gulung Cheese :)

Assalamualaikum semua :)

Harap semua sihat walafiat lah ye.. Harini Asya mood rajin sebab kononnya cuti 3 hari sempena Hari Pekerja ni kan..jadinya mood menulis blog kembali menyinggah selepas berbulan bulan tak menaip kat sini..hihihi

So, harini Asya nak share satu resepi paling mudah,senang nak buat tak payah masuk kelas memasak pun jadi ye..hehe..Suami request nak makan ni..so cilok resepi kat fb..pastu try buat dan share la kat sini..boleh dibuat sarapan pagi ataupun juadah minum petang.. semoga bermanfaat :)



Resepi Sosej Gulung Cheese :)

Anggaran : 2 orang

Bahan -Bahan :


Roti (beberapa keping je ikut kehendak perut)
Sosej (ikut la nak banyak ke sikit haha)
Cheese Slices (ikut berapa keping roti)
Biskut Cream Cracker ( dlm 2-3 keping)
Sebiji telur (utk buat gam uhu hihi )



Cara -caranya mudah aje..tiru je hehehe

Pertama sekali, rebus dulu sosej tu ye..so sementara tunggu sosej tu direbus, 
bolehla kita sediakan bahan untuk roti..


Ambil beberapa keping roti..


Leperkan roti tu..macam dalam gambar tu asya penyek guna mug kaca tu..hehe
mudah kan? haha


buat sampai roti tu leper camni..


Lepas tu, sosej yang dah siap direbus kita susun dlm bekas..letak semua bahan tu sekali..
senang nak buat keja nanti..hihi


ambil roti..letak kepingan cheese tu dan ambil sosej yang dah direbus, 
gulung gulungkan dia..


dah siap jadi macam ni..


kita hancurkan biskut Cream Cracker tu halus-halus dan 
celupkan bersama telur dan biskut..


buat sampai macam tu..hihi..pastu panaskan minyak dan gorengkan saja..Siap! hihi

Oh ye..api jangan terlalu besar..sederhana saja..dan tak perlu terlalu lama..
nanti rentung pulak..hehehe

meh layan gambar yang dah siap hihi



Jemput makan hehe

Bye.. :D

Thursday, December 3, 2015

Pedih Ulu Hati? Bagaimana cara untuk atasi masalah pedih ulu hati?



Apa itu pedih ulu hati ?

pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.





Apakah Gastrisis dan Punca yang menyebabkan Gastrik?

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:
1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.
2. Penyakit autoimmune.
3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.
4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.
5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.

Punca Jangkitan
Boleh disebabkan oleh:
  • Bakteria (selalunya Helicobacter pylori)
  • Virus (termasuk virus herpes simplex)
  • Parasit
  • Jangkitan kulat/ fungus

Punca Keradangan 
Boleh disebabkan oleh:
  • Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).
  • Penggunaan alkohol.
  • Menghisap rokok.
  • Muntah kronik.
  • Kopi dan minuman berasid.
  • Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).
  • Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.




Forever Living ada set untuk mencegah pedih ulu hati atau dipanggil heartburn..saya ada seorang customer yang ada masalah pedih ulu hati.. lepas dia consume Aloevera Gel dan Artic Sea, Alhamdulillah kesihatan dia memberangsangkan.. Alhamdulillah dapat bantu customer kurangkan masalah dia..saya kongsikan testimoni dari customer saya :)

boleh klik pada gambar untuk lebih jelas :D


 jadi,jika anda juga menghadapi masalah yang sama, boleh try makan Artic Sea dan minum Aloevera Gel Forever Living untuk kesan yang memberangsangkan..

boleh hubungi saya untuk membuat pertanyaan tentang produk dan membuat pembelian.. 

Whatsapp : 013 3003481
Email : asyazain@gmail.com

jumpa lagi untuk next testimoni :D

Assalamualaikum :D

Sunday, November 29, 2015

Artic Sea Forever Living


Forever Arctic Sea: Minyak Ikan (Omega 3) + Minyak Zaitun (Omega 9) + Vitamin E Terbaik Dunia





Apa dia Forever Arctic Sea ni? 

       Forever Arctic Sea ni adalah softgel campuran Minyak Ikan (Omega 3) dan Minyak Zaitun (Omega 9)yang telah dipatenkan/dihakcipta oleh Syarikat Forever Living. Jadi anda tidak akan dapat jumpa satu produk pun di pasaran luar sana yang ada campuran Omega 3 dan Omega 9 dalam satu softgel. Dan yang paling penting juga, ia mempunyai Vitamin E yang baik untuk kulit dan bebas mercury.

      Tahukah anda bahawa kandungan kolestrol dalam badan anda hanya dapat dikesan apabila ia telah mencecah 70% dalam badan. Ini bermaksud, risiko untuk terkena serangan jantung, strok, hipertensi dan penyakit pembunuh lain adalah tinggi. 

     Telah terbukti Arctic-Sea boleh mencairkan kolestrol tidak baik dalam badan anda. Ia dihasilkan daripada minyak ikan semulajadi yang kaya dengan asid lemak penting, Omega 3 dan Omega 9, 100% untuk keperluan tubuh badan anda! 

     Asid lemak ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan tetapi ia sangat penting untuk kesihatan otak, mata dan jantung. Asid lemak Omega 3 telah dibuktikan bagi membantu menyokong fungsi peredaran darah. Ia juga mampu membantu tubuh anda mengekalkan 'kolestrol baik' (HDL) dan mencairkan 'kolestrol jahat' dalam tubuh anda. Benar!

     Satu lagi keistimewaan Arctic-Sea berbanding minyak ikan lain di pasaran adalah gabungannya dengan minyak zaitun yang dipatenkan dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana pengeluar lain. Mari kita lihat keisitimewaan minyak zaiton pula. 

     Buah zaitun adalah antara buah yang disebut di dalam kitab suci al-Quran (disebut sebanyak 7 kali). Ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang mampu merendahkan pembentukan dan pengumpulan kolestrol. Buah zaitun juga mempunyai garam kalsium, kalsium elenolik, antioksidan, beta karotena dan sebagainya. 


Minyak zaitun asli mempunyai khasiat:- 

1.  Mencuci dan membaik pulih perut   
2.  Menjadi penawar kepada kesan racun.  
3.  Merawat penyakit gastrik  
4.  Menggalakkan fungsi buah pinggang  
5.  Mengurangkan risiko kanser payudara  
6.  Mencantikkan kulit  
7.  Antioksidan pada minyak zaiton mencegah radang dan pembekuan darah  
8.  Menyingkirkan cacing dalam badan  
9.  Mencegah penyakit jantung dan lain-lain lagi. 

Sekarang, cuba anda bayangkan apabila khasiat minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 9 digabungkan sekali dengan minyak zaitun dalam Forever Arctic-Sea! 

Testimoni pengguna menceritakan bagaimana mereka memakan Forever Arctic-Sea untuk merawat penyakit berikut :- 

1.   Masalah kolestrol berlebihan.  

2.   Berat badan berlebihan  
3.   Darah tinggi  
4.   Strok  
5.   Diabetes (kencing manis)  
6.   Gout  
7.   Sakit jantung  
9.   Darah rendah  
10.  Sembelit  
11.  Dengkur  
12.  Jerawat  
13.  Senggugut  

okay bagi menambah kefahaman untuk mengetahui fungsi produk ni, boleh layari video di bawah ni ye.. :)

sumber : Youtube.com




Untuk mendapatkan produk Forever Living, anda boleh terus hubungi saya :



Whatsapp : 013 3003481

Instagram : @asyazainshop


Sekian terima kasih.



#Special untuk customer saya, saya akan guidekan anda mengikut keperluan anda. Jadi jangan risau kalau anda sakit atau pun sihat, Insyallah Aloe Vera Gel Forever mampu mengurangkan @ merawat masalah anda sebab ketulenan dan keberkesanannya tanpa ragu..Saya hanya akan guide customer yang beli dgn saya sahaja ye..tq! :D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...